Wednesday, May 17, 2017

Seafood tinggi kolesterol

Hampir 4 bulan saya bekerja di sini, sekitar Tanjung Sepat dan apa yang saya nampak, kebanyakan ujian darah saringan pesakit menunjukkan tinggi bacaan kolesterol. Tapi ini bukan kajian atau study ya, tiada pengumpulan data pun. Ia sekadar pandangan mata kasar.
Ya, mungkin sebab dekat dengan laut. Mudah pula dapat bekalan hasil laut dan murah pula tu. Syurga dunia jugalah ni.Mereka pun mengiakan juga, suka benar seafood. Shellfish (bercangkerang) dan seafood yang lain, termasuklah ketam, udang, sotong, tiram dan lain-lain memang kita tahu tinggi kandungan kolesterol.
Lepas tu kita pun order "udang goreng butter". Allahu, sedapnya!
Cara masakan (minyak dan butter) pun menambahkan lagi kandungan kolesterolnya. Nak makan tak salah. Boleh ja. Boleh. Cuma kita hadkan kuantiti pengambilan makanan yang disebutkan tu dan kita pelan-pelan ubah cara masak. Ketam rebus sama ketam goreng bercili pelbagai rasa. Kakak pilih yang mana? Hehe.
Pengambilan kolesterol yang dicadangkan adalah 300mg sehari. Kalau kita didiagnos ada tinggi kolesterol, boleh kurangkan pengambilan kepada 200mg sehari atau kurang. 3oz sotong saja dah mengandungi 198mg kolesterol. Kalau sotong goreng tepung? Tentunya naik lagi jumlah pengambilan kolesterolnya.
Lagi satu tipsnya, kalau dalam satu hidangan tu (contoh makan tengahari) tinggi kolesterol, jadi untuk hidangan lain seperti makan malam dan sarapan perlulah yang kurang kolesterol. Begitu.
Tidaklah saya tujukan pada orang lain semata-mata, ia ingatan untuk diri sendiri juga. Keluarga saya ada sejarah penyakit 4 dalam 1 (diabetes, darah tinggi, sakit jantung, stroke) dan kolesterol saya pernah naik tinggi. Tapi sekarang alhamdulillah dah normal. Cuma masalah berat badan saja yang buat sakit hati. Hehehe.
Najwa Hamidi

No comments:

Nuffnang Adds