Panduan berpantang sendiri dirumah

May 03, 2017
Pengalaman berpantang anak pertama selalunya ada manis pahitnya. Maklumlah, baru jadi ibu, banyak benda kita tak tahu.

Bila masuk anak kedua dan ketiga memang dari awal lagi berazam nak berpantang dirumah sendiri. Alasannya tak mahu berjauhan dengan suami (read :manja), hehe.
Eh, mestilah, sebab dia kan penyokong emosi saya yang paling rapat. Lagipun ada anak yang dah mula sekolah (Irfan tadika waktu bepantang Sofea).

Antara faktor lain, berpantang sendiri sebab tak mahu susahkan ibu di kampung. Secara jujurnya, emosi dirumah sendiri lebih baik dan selesa. Lagi satu, tak perlu tahan telinga dengar ceramah orang lain, perlu begitu, perlu begini yang sikit sebanyak mengganggu emosi. Kehkehkeh.

Berpantang ni sebenarnya proses pemulihan tubuh yang akan beri kesan kebaikan kepada kesihatan dalam jangka masa panjang. Jujurnya waktu anak pertama, saya tak berpantang dengan baik. Bengkung kemana, stoking kemana. Tapi selepas tu, saya ambil iktibar.

Saya kongsikan sedikit persediaan berpantang sendiri yang saya pernah buat masa anak kedua dan ketiga. Perancangan perlu ada sejak awal lagi.

1. Persediaan barangan berpantang lebih awal, seperti bengkung, set berpantang (beli saja yang dah siap sekali dengan mandian herba), vitamin atau supplement. *Kalau bayi kuning lepas melahirkan, elak makan jamu atau herba-herba.


2. Persediaan breastfeeding – sejak di sahkan mengandung, saya mula mencari ilmu tentang breastfeeding. Kalau kita rajin cari, banyak maklumat kita boleh dapat secara online. Sebaiknya mula awal, jangan tunggu dah dekat bersalin baru nak mencari. Antara yang kita perlu tahu, cara menyusukan anak dengan betul / memerah /mengepam /menyimpan susu, pam mana yang baik, bagaimana nak menyusukan anak bila masuk kerja dan banyak lagi. Boleh cari buku seperti : Membesarkan Anak Hebat dengan Susu Ibu oleh Dr.Faridah Idris (ada di MPH).

Jadi, nanti bila kita berhadapan dengan masalah penyusuan waktu berpantang, kita ada idea bagaimana nak atasi. Nak tanya atau mita pertolongan pun lebih senang sebab asas penyusuan kita tahu serba sedikit.

Paling bagus kalau kita tahu mana-mana Perunding Penyusuan yang terdekat di kawasan kita.
Boleh juga berbincang dengan jururawat di Klinik Ibu Anak.


3. Makanan berpantang – sekarang mudah nak dapat informasi. Cari je secara online, resepi mudah lauk berpantang. Kumpul dan printkan semua resepi untuk panduan. Sarapan dan minum petang biasanya kita ambil yang mudah seperti roti/biskut dengan milo (contoh). Untuk lauk utama, bolehlah masak sekali sahaja, cukup untuk tengahari dan makan malam.

Bila cecah 38 minggu, saya dah mula kupas bawang putih, halia dan simpan dalam peti ais. Lada hitam juga siap saya blender. Nanti nak masak sendiri senang, campak je semua. Awal lagi saya beli ‘magic Pan’, nak rebus atau nak bakar, masak dalam tu saja. Ikan-ikan dan ayam pun ada yang siap saya siang, potong dan bekukan.

Minimakan kerja yang perlu kita buat waktu berpantang. Yang penting, pastikan minum air kosong banyak-banyak untuk elakkan terhidrasi. Usah catu-catu air.


4. Khidmat berurut / bidan berpantang – Bidan untuk berurut ni kita kena tempah awal. Kalau jadual mereka penuh, melepaslah. Cuba dapatkan seberapa banyak senarai bidan yang boleh datang mengurut di rumah. Hubungi depa, bagitahu tarikh due bersalin. Sebaiknya ambillah pakej berurut & bertungku. Kalau nak lebih, ambil sekali pakej mandian dan bertangas, hehe.


Apapun, mintalah pertolongan suami. Sokongan sepenuhnya dari suami tu sangat penting kalau kita nak berpantang sendiri di rumah.

Bab kerja rumah tu buatlah sekadar termampu. Kain baju minta suami cucikan di dobi layan diri. Minta bantuan anak-anak yang lain untuk perkara-perkara mudah seperti ambilkan barang.

Kalau sakit, atau ada yang tidak kena, luahkan dan beritahu terutama sekali waktu jururawat sedang melawat ke rumah, ya. Mereka sedia membantu, jangan risau.
_
Ini cuma personal experience.
Yang mana baik, boleh kongsi.
_
Paling best masa berpantang anak ke 3.

No comments:

Powered by Blogger.