Monday, May 8, 2017

Kebaikan mandi air dingin

Semenjak berpindah ke rumah yang ada water heater ni, galak sungguh anak-anak mandi air hangat waktu pagi. Natijahnya, lemau masing-masing dalam kereta. Mengantuk. Sampai ke sekolah, perlu dikejut, muka pun macam orang tak mandi.

Nasib depalah, ibu dah naik tocang, minggu ni disiram dengan air sejuk setiap pagi (macam kebiasaan sebelum ni). Barulah tak meragam, segar bugar ke sekolah.

Benarlah kata orang tua-tua, kalau nak 'bertubuh', mandi air dingin.

Dari sejak bayi- lepas habis pantang, anak-anak dah dilatih mandi air sejuk (air paip suhu bilik). Alhamdulillah, ketiga-tiga mereka tahan berendam lama dalam air, jarang-jarang demam selsema. Mandi hujan lama pun boleh tahan.

Cuma depa mengada ja bila dapat water heater. Huu.

Sejuk akan buatkan vasoconstriction saluran darah, dan bekalan darah tertumpu pada organ-organ penting tubuh.
Liang-liang pori pun akan mengecil bila gunakan air sejuk. Nah, inilah rahsia wajah segar dan berseri. Eh! Hehe.

Najwa Hamidi
Lama sungguh tak mandi air telaga.

No comments: