Friday, May 19, 2017

IPOH : Percutian singkat yang menarik hati

November 2016

Percutian singkat hari itu, kami sengaja memilih Ipoh. Selain dekat, masih banyak tempat menarik yang belum di jejak.

"Macam MISS PEREGRINE'S HOME dalam movie tu la ibu"
Itu reaksi pertama Irfan bila kami sampai ke Kelli's Castle di Batu Gajah.





Teruja & kagum sambil meninjau sehingga kawasan belakang.


Rumah Kellas pertama

Ibu menambah cerita, bagaimana Rumah Pertama Kellas yang rosak dan runtuh sebahagiannya waktu Perang Dunia ke 2.

"Rumah Miss Peregrine pun kena bom kan? Sama". kata Irfan.
 Kuat sangat pengaruh movie dan imaginasinya.

Kata orang, selalu terlihat kelibat seorang kanak-kanak perempuan berbaju putih di Kellie's Castle ni. Tapi ini kelibat dua anak perempuan saya, hehe.


Berehat sebelum meneruskan perjalanan





Selepas Kellie's Castle, kami terus ke Papan, sebuah pekan lama yang ditinggal, terletak diantara Ipoh dan Batu Gajah. Terdapat deretan bangunan rumah kedai lama yang sunyi, penuh semak dan pohon menjalar. Ada juga beberapa bahagian yang masih lagi didiami.

Pekan Papan

Di Papan inilah terletaknya Istana Billah.

Sejarah : Istana Billah merupakan sebuah rumah agam yang asalnya dimiliki oleh seorang kerabat DiRaja Mandailing iaitu Raja Billah. Raja Billah adalah 'orang yang berpengaruh' dan kaya, beliau telah membina rumah agam, yang lalu lebih dikenali sebagai Istana Billah yang berdiri utuh ditepi Sungai PerakKini rumah Raja Bilah dijadikan muzium oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti. Rumah ini mempunyai seni bina Melayu dan mempunyai 6 bilik serta berusia 100 tahun. Rumah ini pernah digunakan sebagai lokasi pengambaran filem Anna and The King pada tahun 1999 (Wikipedia)



Cuaca panas terik di Tanjung Tualang menyebabkan kami singgah sekejap sahaja melihat tinggalan terakhir Kapal Korek Bijih Timah di sana (Tanjung Tualang Tin Dredge).



Tanjung Tualang Tin Dredge



Tak ketinggalan, kami juga merasa istimewanya Nasi Ganja Ipoh. Punyalah panjang barisan.


Sedap! Ada 'signature'nya tersendiri.
Tengok, punya berselera kami makan nasi ganja, haha.



Berpusing mencari Popia S.S Ali, bila dapat, rasa memang berbaloi kome!


Belah malamnya, makan pula di Nasi Lemak Ayam Kampung,Taman Jubilee. Kali pertama rasa belut goreng kunyit disitu. Sedap rupanya!😄😄



Stesen KTM Ipoh


Selepas singgah di Stesen KTM Ipoh waktu malam, kami bawa anak-anak bermain di Padang Polo. Disini meriah dengan keluarga yang membawa anak-anak. Basikal berkembar untuk dewasa pun ada.


Ini satu-satunya adik perempuan saya.

Hari itu, kami bermalam di Rumah IpohMalam di Ipoh sejuk. Hujan lebat, membawa ke pagi.


Sempat breakfast makan mee kari & mee kicap famous di gerai Mee Daud Mat Jasak.


Hujan pagi berterusan menyebabkan rancangan ke Pasar Karat Memory Lane dan meninjau Plan B terpaksa dibatalkan dan terus menghala balik ke Kedah.
Ada banyak lagi tempat-tempat yang tak sempat pergi ( kedai-kedai hipster menarik di Ipoh, dimsum halal, gunung Lang dan macam-macam lagi ) lantaran cuti yang singkat. 
Moga datang peluang lagi untuk kami keluar beri pendedahan pada anak-anak.
Jumpa lagi lain kali.

Insyaallah.





No comments: