Thursday, May 25, 2017

Buku : Tulis! Jangan takut-takut.


'Perbaiki bahasa. Tulislah sesuatu yang menambah kekayaan akal & jiwa' - Tulis! Jangan Takut-takut.

Ya, saya sedang baca buku ni. Sikit lagi nak habis.


Bagi saya, buku ini umpama motivasi untuk langkah pertama ke arah "tulis dan terbit buku pertama". Saya bukanlah penulis, tetapi saya gemar menulis. Masih lagi belajar dan tercari-cari hala tuju untuk menulis.

Benarlah kata penulis & mereka yang lebih mahir, jadikanlah facebook sebagai ruang melatih diri menulis maklumat yang berbaloi untuk dibaca dan berusaha menulis menggunakan ejaan yang lengkap.

Sekarang ni, facebooklah tempat saya berlatih (walaupun selalunya entah apa yang saya kongsikan). Yang mana memberi manfaat, maka ambillah.

P/s: Jangan tegur jerawat manis akak tu. kehkeh.

Hormat


Aku : Apa aku ini tunggul kayu hingga boleh herdik aku begitu?

Kalbu: Kau kan orang muda. Tahan sajalah.

Aku :  Hormat itu dari yang muda kepada si tua semata, begitu maksudmu? Apakah aku yang muda tiada hak untuk dihormati? 

Kalbu : Ah, kau pun tahu. Dunia tak pernah adil.

Aku perlahan-lahan baring lalu pejam mata yang tak mahu lena.






Wednesday, May 24, 2017

Sahur Drop Box - Delivery For Sahur



Kisah SAHUR DROPBOX kami.



Ramadhan bakal datang. Maka teringatlah kisah tahun lepas waktu kami jalankan projek sahur dropbox. Hehe.
Mulanya idea nampak macam goyang, tapi sungguh tak sangka, ramai juga yang order sampaikan dah ada pelanggan tetap untuk penghantaran sahur. Serius, serius.
Siangnya saya kerja. Malam dan sebelum sahur bantu suami untuk sahur dropboxnya.
Begitulah kata pepatah, bukankah dibelakang suami yang hebat itu ada isteri yang power juga, hehe.






Ada satu hari, seorang doktor telefon beritahu, ada sepasang suami isteri yang buta. Isterinya baru bersalin secara pembedahan. Doktor yang baik hati tolong bayarkan 3 hari berturut-turut untuk makan sahur mereka (isteri tumpang makan juga) kerana sukar nak keluar mencari makan.
Dalam pada tu, banyak juga tempahan dari nurse-nurse yang berkerja shif malam.
Nampak tak? Nampak tak? Dah bagi hint tu, di mana mudah nak menambah jumlah pelanggan.
Ada yang order dari tempat jauh, sampai runner akak pun pancit. Haha.






Itulah pengalaman jatuh bangun kami. Banyak perkara yang boleh belajar dari situ. Sesuatu benda ni, kalau betul-betul nak, insyaAllah boleh jadi. Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan.
Persoalannya ada sesiapa nak buat delivery sahur sekitar Sg Pelek dan Pantai Sepang Putra ni? Akak nak order ja kalau ada. Hehehehe.
Tahun ni kami tak buat dah na.









Tuesday, May 23, 2017

Pengalaman bekerja di Klinik Ibu Anak

Dulu, lepas keluar dari Jabatan Kardiologi, Penang, saya teruskan khidmat di Klinik Kesihatan.

Mulanya saya mentah-mentah menolak bila Pakar Perubatan Keluarga meletakkan saya (incharge) di Klinik Ibu Anak, di Taman Tun Sardon.

Alasannya saya belum mahir kendali kes-kes ibu anak.

Setahun lebih disitu, banyak pengalaman manis sebenarnya. Naik syok pula. Disitulah tempat saya kutip pengalaman. Dapat APC pun dari situ juga. Alhamdulillah.

Bab-bab antenatal care ni saya cerewet juga.
Selalulah juga membebel kat nurse kesayangan sekalian. Hehe. 

Sampai sekarang, perkara penting seperti hal-hal dokumentasi memang di ambil berat.





Lainnya, Astaka Tun Sardon yang terkenal dengan sarapan yang serba macam cuma depan klinik saja. Galaklah saya makan. Haha. Paling suka bubur nasi disitu. Rindu pulak. Haihh..

Tempat jatuh lagikan dikenang,
Inikan pula tempat menyebar kasih sayang..
Hehe.

Yang penting, dimanapun kita, apa yang kita buat, buatlah dengan ikhlas dan selalu hadirkan rasa tanggungjawab.

Yang merindu kawan-kawan 
KK Air Itam
KKIA Tmn Tun Sardon
KK Butterworth
KK Bedong
KD Gurun

Monday, May 22, 2017

Serunding halia ikan bilis



Open order for Ramadhan.




Serunding bilis halia dari @daposeri

Diperbuat dari bahan utamanya ; halia, ikan bilis yang sesuai dimakan oleh ibu berpantang juga seisi keluarga. 

Memang sedap kalau dimakan waktu sahur. 

Confirm crunchy!




Boleh juga kalau nak jadikan hadiah untuk kawan-kawan yang sedang berpantang.

Boleh hubungi 0124350269 untuk order.


Follow Fb Page Daposeri










100gram RM10
200g RM20
(Harga tidak termasuk postage)

Jom order!

Boleh hubungi 0124350269 untuk order.


Follow Fb Page Daposeri





Friday, May 19, 2017

IPOH : Percutian singkat yang menarik hati

November 2016

Percutian singkat hari itu, kami sengaja memilih Ipoh. Selain dekat, masih banyak tempat menarik yang belum di jejak.

"Macam MISS PEREGRINE'S HOME dalam movie tu la ibu"
Itu reaksi pertama Irfan bila kami sampai ke Kelli's Castle di Batu Gajah.





Teruja & kagum sambil meninjau sehingga kawasan belakang.


Rumah Kellas pertama

Ibu menambah cerita, bagaimana Rumah Pertama Kellas yang rosak dan runtuh sebahagiannya waktu Perang Dunia ke 2.

"Rumah Miss Peregrine pun kena bom kan? Sama". kata Irfan.
 Kuat sangat pengaruh movie dan imaginasinya.

Kata orang, selalu terlihat kelibat seorang kanak-kanak perempuan berbaju putih di Kellie's Castle ni. Tapi ini kelibat dua anak perempuan saya, hehe.


Berehat sebelum meneruskan perjalanan





Selepas Kellie's Castle, kami terus ke Papan, sebuah pekan lama yang ditinggal, terletak diantara Ipoh dan Batu Gajah. Terdapat deretan bangunan rumah kedai lama yang sunyi, penuh semak dan pohon menjalar. Ada juga beberapa bahagian yang masih lagi didiami.

Pekan Papan

Di Papan inilah terletaknya Istana Billah.

Sejarah : Istana Billah merupakan sebuah rumah agam yang asalnya dimiliki oleh seorang kerabat DiRaja Mandailing iaitu Raja Billah. Raja Billah adalah 'orang yang berpengaruh' dan kaya, beliau telah membina rumah agam, yang lalu lebih dikenali sebagai Istana Billah yang berdiri utuh ditepi Sungai PerakKini rumah Raja Bilah dijadikan muzium oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti. Rumah ini mempunyai seni bina Melayu dan mempunyai 6 bilik serta berusia 100 tahun. Rumah ini pernah digunakan sebagai lokasi pengambaran filem Anna and The King pada tahun 1999 (Wikipedia)



Cuaca panas terik di Tanjung Tualang menyebabkan kami singgah sekejap sahaja melihat tinggalan terakhir Kapal Korek Bijih Timah di sana (Tanjung Tualang Tin Dredge).



Tanjung Tualang Tin Dredge



Tak ketinggalan, kami juga merasa istimewanya Nasi Ganja Ipoh. Punyalah panjang barisan.


Sedap! Ada 'signature'nya tersendiri.
Tengok, punya berselera kami makan nasi ganja, haha.



Berpusing mencari Popia S.S Ali, bila dapat, rasa memang berbaloi kome!


Belah malamnya, makan pula di Nasi Lemak Ayam Kampung,Taman Jubilee. Kali pertama rasa belut goreng kunyit disitu. Sedap rupanya!😄😄



Stesen KTM Ipoh


Selepas singgah di Stesen KTM Ipoh waktu malam, kami bawa anak-anak bermain di Padang Polo. Disini meriah dengan keluarga yang membawa anak-anak. Basikal berkembar untuk dewasa pun ada.


Ini satu-satunya adik perempuan saya.

Hari itu, kami bermalam di Rumah IpohMalam di Ipoh sejuk. Hujan lebat, membawa ke pagi.


Sempat breakfast makan mee kari & mee kicap famous di gerai Mee Daud Mat Jasak.


Hujan pagi berterusan menyebabkan rancangan ke Pasar Karat Memory Lane dan meninjau Plan B terpaksa dibatalkan dan terus menghala balik ke Kedah.
Ada banyak lagi tempat-tempat yang tak sempat pergi ( kedai-kedai hipster menarik di Ipoh, dimsum halal, gunung Lang dan macam-macam lagi ) lantaran cuti yang singkat. 
Moga datang peluang lagi untuk kami keluar beri pendedahan pada anak-anak.
Jumpa lagi lain kali.

Insyaallah.





RUMAH IPOH

November 2016


Mencari kelainan, misi percutian singkat (dan percutian bajet juga hehe), kami sepakat memilih tempat bermalam berkonsep 'BED & BREAKFAST'.
Ianya antara tempat yang saya sendiri mahu pergi. Empunya rumah Ipoh merupakan seorang penulis, Wani Ardy, yang tulisannya selalu dekat dihati saya. Bukunya, #LangitVanilla & #MesinCahayaMasa antara yang saya cinta.
Jadi, tidak hairanlah kalau dinding-dinding Rumah Ipoh ini penuh dengan rangkap-rangkap puisi yang indah.



Menikmati nasi ganja Ipoh yang Famous di ruang legar di luar rumah.



Siapa yang tak lupa bedak putih nyonya tu kan?




Layanan mesra tuan rumah (suami isteri) & anak yang comel dan sangat petah bercakap, buatkan kami rasa seperti berada dirumah sendiri.




Bilik Jason dan Orked

Kami memilih bilik Jason dengan katil double decker.
RM25/ seorang untuk satu malam.
Tiada aircond, hanya kipas syiling. Jangan risau, malamnya sejuk, anak-anak berebut selimut. 


Bilik Jason

Ruang dapur ringkas untuk tetamu




Boleh baca buku-buku di ruang bawah sambil mendengar lagu-lagu. 
Banyak spot untuk bergambar sebagai kenang-kenangan.







Sampai jumpa lagi,
Terima kasiGuritno Purwakanti Ardyyy 😘😘
====================
#RUMAHIPOH
Bed • Breakfast • Backyard
GPS: Jalan Khoo Cheng Cheow
Info/Bookings: fb.com/rumahipoh
Whatsapp/SMS only: +60176021336 / +60174761364
"A bed and breakfast (typically shortened to B&B) is a small lodging establishment that offers overnight accommodation and breakfast. Bed and breakfasts are often private family homes."

Teater Kota Kelip-Kelip



Teater Kota kelip-kelip 25 Disember 2016



Hari itu kali pertama kami bawa anak-anak menonton teater, bertempat di PAC (Penang Art Centre), Straits Quay. Sebulan yang lepas dah siap booked tiket. Semangat!
Hampir satu jam lebih lakonan pentas dari anak-anak TFTN (Teach For The Need), yang datangnya dari tiga buah rumah anak-anak yatim. Berbakat sungguh semua. Ada lawak, gembira dan tangis pada klimaks ceritanya ( ok, akak memang nangis sekejap, mujur gelap orang tak nampak 😄😄)


"Di dalam belum tentu selesa. Di luar belum tentu bahaya. Impian perlukan keberanian untuk menjadi nyata".










Tahniah kepada seluruh tim Kota Kelip-Kelip!


Teruslah mengorak langkah anak-anak TFTN!

Nuffnang Adds